“Internet of Things”. Secara asasnya ia merujuk kepada konsep menghubungkan semua benda dengan internet, daripada ‘smartphone’, ‘tablet’, ‘coin machine’, kenderaan, penghawa dingin, malah peti sejuk dan senarainya semakin berkembang di era ‘Industrial Revolution 4.0’ hari ini. IoT ialah bagaimana perkakasan, perkhidmatan dan aplikasi boleh berhubung dengan internet supaya ia jauh lebih memudahkan hidup manusia. Hari ini semua benda boleh dihubungkan dengan internet.

Salah satu cara bagaimana IoT meningkatkan lagi hidup kita ialah dengan cara ia berkongsi data maklumat dengan lebih mudah. IoT membantu kita untuk melakukan tugasan-tugasan terperinci dalam hidup kita untuk jangka masa panjang. Contoh IoT:

  • Pemantauan Kesihatan: IoT membolehkan status kesihatan seserang dapat dipantau sepanjang masa tak kira pagi, petang, siang dan malam. Segala isu kesihatan pesakit umpamanya dapat dipantau secara ‘real time’ dan masalah serius dapat segera dimaklumkan kepada pakar perubatan dengan segera.
  • Kenderaan Pandu Sendiri: Pernah dengar tentang kereta Tesla? Kenderaan seperti ini terhubung dengan internet dan menerima akses maklumat daripada ‘database’ peta, situasi lalu lintas, cuaca, dan sebagainya secara terus menerus. Ini membolehkan kenderaan tersebut membuat keputusan hasil cernaan maklumat ‘database’ dibantu dengan ‘sensor’ yang dapat mengsesan situasi jalanraya. Jika diintegrasikan semua kenderaan menggunakan sistem IoT, ia akan jauh lebih selamat daripada pemanduan oleh manusia.
  • Pertanian Pintar: Para petani moden akan dapat banyak manfaat hasil teknologi IoT. Mereka dapat menggunakan pelbagai jenis peranti ‘sensor’ khas yang akan memberi maklumat segera tentang bila tanaman mereka harus disiram, berapa sukatan air yang betul, bila perlu dibaja dan sebagainya. Semua ini kemudiannya dilakukan secara automatic agar hasil tanaman adalah terbaik dengan kos yang optimum.
  • Perkakasan di tangan kita: Benda berkaca gorilla di tangan anda yang dikawal dengan sentuhan hujung jari anda untuk membeli barang secara online itu adalah sebenarnya IoT yang sedang berfungsi. Maka anda dapat melihat gambar-gambar, video-video, malah melakukan pertukaran serta transaksi kewangan dengan orang lain secara atas talian.
  • Rumah Pintar: Google Home ialah salah satu konsep ‘Artificial Intelligence’ yang kita boleh bercakap dengannya secara terus. Dengan arahan suara yang betul, kita boleh mengawal lampu, kipas, penghawa dingin, televisyen, dan semua barangan elektronik yang ada di rumah anda. Nak beli barang pun boleh (bila Malaysia dah betul-betul ter-integrasi-lah).
  • Keselamatan: IoT juga membantu memastikan keselamatan kita serta orang yang tersayang. Sebagai contoh, kecederaan dan kematian para pekerja lombong arang batu di China misalnya sering berlaku sejak dahulu hingga sekarang. Dengan teknologi IoT, kita boleh melihat dengan tepat bila masa sepatutnya penyelenggaraan mesti dilakukan, berapa tahap gas-gas yang tertentu di dalam lombong serta tekanannya, berapa kadar kelembapan dalam lombong, dan sebagainya. Tentang keselamatan di rumah tak payah ceritalah, macam-macam IoT boleh bantu kita dari aspek keselamatan.