Belajar di mana-mana saja

Belajar secara online amat memudahkan. Kita tidak perlu berpakaian formal atau keluar dari rumah sendiri. Pembelajaran secara online memberi pilihan kepada pelajar untuk belajar dalam suasana yang disukai. Ada orang suka belajar tanpa gangguan bunyi, ada orang suka belajar dalam riuh rendah, ada yang suka belajar sambal mendengar muzik dan sebagainya.

Fleksibel

Tidak kira samada offline ataupun online, semua proses pembelajaran mesti dibuat dengan serius. Silibus dalam kelas online disusun untuk meningkatkan skill dan pengetahuan pelajar itu sendiri. Jadi tumpuan yang tinggi tetap perlu diberi.

Walaubagaimanapun, pembelajaran online begini memberi ruang kepada pelajar untuk menyusun jadual pembelajarannya sendiri. Mungkin jika tidak mempunyai masa di waktu pagi dan petang, pelajar itu boleh mencari masa senggang di waktu tengahari sekurangnya selama satu jam. Atau setidaknya belajar di waktu malam.

Selain itu kita boleh membahagikan sesi belajar itu sendiri. Misalnya pada waktu pagi kita akan menyemak bahan-bahan kursus online tersebut dan pada waktu malam kita boleh menghabiskan silibus tersebut. Berbanding dengan pembelajaran di dalam kelas, kita terpaksa terus menerus berada di dalam kelas mengikut jadual universiti atau kelas. Tidak fleksibel berbanding pembelajaran secara online.

Kos lebih rendah

Kos guru, pensyarah, profesor, tutor, kos bangunan, kelas, sewa ruang dan tapak pembelajaran, utility dan banyak lagi kos menyebabkan institusi pendidikan terpaksa meletakkan harga yuran pembelajaran yang mahal. Melalui pembelajaran online, segala kos ini dapat dijimatkan dengan banyak, khususnya kos tempat pembelajaran.

Banyak Pilihan: Kita boleh pilih apa-apa kurusus dan program yang kena dengan masa dan bajet. Berbanding kalau kita daftar dalam satu institusi, kita tersekat dalam institusi itu sahaja.

Tenaga Pengajar: Kalau kita mahu belajar bahasa, Internet of Things, Network, Big Data, Artificial Intelligence, dan sebagainya, kita tidak perlu tenaga pengajar bertaraf profesor universiti pun sebenanrnya. Cukup dengan pakar-pakar berpengalaman dalam industri khususnya yang mungkin bukanlah seorang ahli akademik, namun boleh mengajar dengan baik tanpa perlu kos yang terlalu tinggi.

Sumber: Program atau kursus online tidak memerlukan kertas rujukan, meja, kerusi, alat tulis, buku nota, dan lain-lain yang diperlukan dalam sebuah kelas.

Guna Semula: Para tenaga pengajar dalam program atau kursus pembelajaraan online yang menyusun silibus pelajaran boleh terus menggunakan kandungan yang sama untuk para pelajar baru. Malah dengan mudah boleh kemaskini segala kandungan dengan cepat apabila terdapat perkembangan baru khususnya bagi kandungan pelajaran berkaitan teknologi.

Berinteraksi dengan ramai lagi orang

Melalui program dan kursus online kita boleh berinteraksi dan saling mengenali ramai orang yang menyertai program tersebut di seluruh dunia. Interaksi yang tidak tersekat hanya dalam dinding kelas berbentuk fizikal ini akan meningkatkan peluang kita menimba pelbagai jenis pengalaman hasil interaksi kita dengan rakan-rakan baru dari seberang benua. Apa lagi kalau program online anda ada melibatkan webinars, live streamed video dan sebagainya. Sudah tentu ia akan lebih bermakna.

Belajar dalam kelajuan sendiri

Semua orang perlu belajar dalam kelajuannya sendiri. Samada terhalang dengan kerja, mahupun kerana otak kamu sendiri yang perlu mengambil lebih masa untuk memahami sesuatu pengetahuan baru. Bergantunglah dengan kemahiran masing-masing. 

Tidak ada apa masalah pun dengan tahap kelajuan pembelajaran samada cepat atau lambat tangkap. Yang penting belajarlah dalam suasana yang betul. Kalau tidak, ia hanya membuang masa dan duit sahaja.

Pelajar yang cepat ‘pickup’ akan terasa ditangguh-tangguh peningkatan silibusnya di dalam kelas fizikal oleh pensyarah kerana terpaksa memahamkan para pelajar yang sedikit lembab menghadam pelajaran baru.

Sebaliknya, pelajar yang agak lambat tahap kefahamannya akan merasa tertekan dengan kadar kelajuan para pensyarah yang mengajar di dalam kelas apabila topik demi topik berganti tanpa mengambil peduli tahap kefahaman pelajar yang tertinggal.

Jadi dengan pembelajaran secara online, kita semua boleh menetapkan sendiri tahap kelajuan kita dalam mempelajari sesuatu pengetahuan baru. Yang laju boleh habiskan selaju yang boleh, dan yang memerlukan masa pun boleh mengambil seberapa banyak masa yang diperlukan tanpa sebarang tekanan. Hidup ini indah, jangan susahkan hidup dengan konsep yang lapuk.

Mulakan pengembaraan IoT dengan kami!

Apa lagi ditunggu? Jom subscribe hari ini juga program penuh ‘from zero to hero’ Internet of Things dengan kami! Klik di sini untuk langgan IOT SHORT COURSE ONLINE PROGRAM kami yang ter-integrasi dengan pihak industri di sini.