Hampir setiap minggu kami menerima mesej bertanyakan tentang apakah itu Platform IoT. Mungkin ada yang masih keliru antara Platform IoT dengan MQTT. Sila baca artikel pendek ini untuk memahamkan lagi tentang IoT Platform.

Sebelum kita faham tentang IoT Platform, kita kena faham dahulu tentang komponen IoT untuk ekosistem IoT.

Berikut adalah komponen IoT:

  1. Hardware – Hardware ini adalah perkakasan fizikal seperti sensor atau peralatan elektronik. Segala sensor fizikal elektronik ini kerjanya mengumpul data dari persekitaran (contohnya sensor cahaya, kelembapan, PH dll.), atau melakukan tindakan tertentu berdasarkan persekitaran.
  2. Connectivity – Connectivity ini ialah satu bentuk capaian yang menghubungkan antara hardware tadi dengan suatu perisian (software) yang duduk dalam sebuah cloud server untuk memproses data yang dikumpul oleh sensor fizikal. Selain cloud server, hardware IoT juga boleh dihubungkan melalui jaringan internet yang diterima melalui router.
  3. Software –Software ini ialah perisian yang akan duduk di dalam cloud server (what’s the cloud) dan bertanggungjawab untuk meng-analisa segala data yang diterima daripada sensor fizikal dan kemudian akan membuat keputusan. Misalnya jikalau sensor cuaca mengesan bahawa hari itu akan hujan, software akan membuat keputusan untuk tidak melepaskan air bagi sistem pengairan automatik.
  4. User Interface – User Interface ini ialah suatu aplikasi untuk manusia berinteraksi dan mengawal seluruh sistem IoT ini samada memberi arahan atau mengetahui maklumat dari data-data yang diterima di lapangan. Ia boleh jadi dalam bentuk web dan boleh juga dalam bentuk aplikasi mudah alih. Platform IoT ialah ‘support softwares’ yang menghubung dan mengintegrasikan seluruh sistem IoT. Sebuah Platform IoT akan mewujudkan komunikasi, aliran data, pengurusan peranti, dan kegunaan aplikasi.

Platform IoT Membantu:

  • Menghubungkan hardware
  • Mengurus pelbagai protokol komunikasi
  • Mewujudkan sekuriti dan ‘password’ untuk peranti dan pengguna
  • Mengumpul, memvisual dan menganalisa data
  • Integrasi dengan pelbagai perkhidmatan web lain